Salam everyone.. walaupun seorang ja follower saya pada saat ini.. ehehe.. sbb saya menulis adalah kerana saya minat untuk bercerita dan bercakap. So x kisah kalau saya ada follower atau tiada. ia menjadi koleksi peribadi saya dan memberi kepuasan kepada saya apabila berjaya menulis sesuatu yg saya rasakan.
Bangun pagi2.. rasa bahagian dada sebelah kiri saya sakit.. ini menyebabkan saya terbangun awal pagi. selalunya bila hujung minggu saya akan membuat penghargaan kendiri dengan merehatkan diri secukup2nya sebelum ari persekolahan bermula hari isnin. kesakitan yg dirasakan membuatkan saya awal bangun. Sebenarnya lama sudah saya menghidapi penyakit ni. mau tau apa nama penyakitnya? pada mulanya dinamakan sebagai rheaumatic fever : Boleh baca d link bawah.
Saya mempunyai tanda2 yg teruk seperti demam setiap hari, kesemua joint dalam badan saya sakit sehingga saya tidak boleh berjalan selama 2 bulan. masa itu memang teruk. dan hanya menyangkakan itu hanya la demam biasa kerana demam teruk datang apabila maghrib bermula dan apabila dalam keadaan sejuk. Pada waktu itu saya mendapatkan rawatan d klinik kerajaan yang berdekatan. pada mulanya saya di syaki tulang di serang kuman sehingga menyebabkan saya tidak boleh berjalan. doktor mengarahkan saya datang seminggu akan datang sekiranya sakit masih berterusan. Seminggu kemudian saya masih merasakan benda yang sama. Saya pergi mendapatkan rawatan semula.. dan pada saat itu pla darah saya plak c periksa, n doktor mengatakan darah saya d serang kuman. pada masa itu no feeling juga la.. sbb rasa biasa jak. then bg ubat.. cakap yg sama. datang semula jika belum sembuh. Datang semula.. minggu seterusnya doktor sarankan saya membuat pemeriksaan ECG. Doktor kata "kamu ada keturunan sakit jantung?" dengan selamba saya jawab.. "Tiada". Kemudian pergi la wat ECG.. masa tu x sangka apa2 pn.. bila result keluar degupan jantung saya ABNORMAL.. masa tu masih rasa ok.. sbb belum tau apa sebenarnya yg berlaku. Tanpa segan silu.. doktor memberikan saya surat temujanji utk berjumpa dengan pakar psikiatrik d sandakan. Saya ambil surat dan pergi ke hospital sandakan keesokan harinya. Sebelum pulang ke rumah daripada klinik tersebut saya singgah d klinik swasta mendapatkan suntikan then syukur ble jalan mcm biasa, Tp suntikan hanya bertahan sekejap saja. sakit datang lagi.
Bermula la hari di mana penyakit saya d kesan ketika ke hospital sandakan. Tujuan utama saya ke hospital sandakan untuk jumpa doktor adalah menjalan scanning. Bukan untuk perut tp untuk jantung. dalam pukul 10 pagi masuk ke dalam blik scan tu (lupa nama blik) tup2.. doktor gtau memang jantung saya sudah dijangkiti kuman dan saya di kehendaki untuk menjalankan proses rawatan di hospital sehingga sembuh. Pada saat itu tepat 2 bulan saya sakit demam yang di sangkakan hanya demam biasa. Mama pada waktu tu tggu d luar dan heran kenapa mata saya merah keluar dari blik rawatan. saya gtau yg jantung saya d jangkiti kuman. Sebelumnya memang saya rasa sedih tetapi redha dengan ujian tu.. tp bila lihat mama sndiri menangis tau keadaan anaknya saya pula tidak tahan sebak. terus menangis sedangkan pada awalnya saya yakin yg saya boleh hadapi semua ujian itu kerana saya percaya Allah tidak akan menguji seseorang di luar kemampuan umatnya. tetapi saya memang sangat pentingkan keluarga dan tidak sanggup bila mereka merasakan sakit yg saya tanggung saat itu. di hdpn semua ahli keluarga dan kawan2 saya la org yg paling kuat melawan penyakit dan masih mampu tersenyum biar sakit saya rasakan. Saya hanya menerima ujian itu dengan hati yg terbuka.
Pada saat itu, saya tidak boleh pulang ke rumah untuk mengambil pakaian kerana tidak dibenarkan oleh pihak hospital walaupun saya sudah meminta kebenaran. Pada saat itu bapa saya la yg menumpang dengan bas dari sapi nangoh sambil membawa pakaian saya. Sememangnya pengorbanan mereka tidak dapat saya balas dengan wang ringgit. Sungguh sedih saat itu, di mana mama saya seorang peniaga d kantin terpaksa meninggalkan kantin sekolah sehari untuk menemankan saya ke hospital. Abg saya menjadi pemandu untuk ke hospital. Masa perjalanan yg di ambil untuk ke hospital dari rumah saya adalah selama 2 jam. Sungguh besar pengorbanan keluarga saya.
Hari pertama saya di tahan di hospital adalah pada 25 jun 2008 (rabu) dan masuk wad perubatan perempuan pada pukul 2 petang. Sepanjang saya masuk ke wad itu saya menangis kerana risau d tinggalkan sendiri d wad tersebut. Saya tidak risau dengan segala kesakitan yg akan saya tempuhi d wad tersebut. Masuk saja pergelangan tangan sebelah kanan di masukkan jarum dan saya bertahan kerana saya berfikiran positif semua yg saya hadapi adalah proses penyembuhan saya. Mama waktu itu x akan melihat bila saya d cucuk jarum. saya senyum ja dengan mama dan cakap x sakit betul.. ok juga.. jadi mama nda risau. Sejam kemudian tangan sebelah kanan saya di cucuk untuk pengambilan darah. Sejam kemudian tangan sebelah kiri.. sejam kemudian kaki kanan .. pada saat pengambilan darah kaki kanan ni la yg sengsara sbb darah x kuar.. 4 kali cucuk jarum baru la darah dapat kuar itu pun dalam kuantiti yg sedikit. Tgo jak kaki sendiri di cucuk jarum. Sabar.. dan masih belum menangis kesakitan. selepas itu, tepat pukul 4 petang, jururawat datang n hendak berikan satu suntikan. waktu tu sempat tanya, ini untuk apa? jururawat menjawab " ini untuk memastikan kamu tidak alergic dengan antibiotik yg akan kmi masukkan ke dalam badan kamu, Tahan ya sbb suntikan ni sakit sikit". Mula la jarum masuk ke lengan tangan sebelah kiri dan suntikan memang sakittttt... bekas cucukan jarum membengkak dan jururawat menandakan bekas tersebut dengan marker pen permenant. Menitis aye mata.. sapa yg pernah rasa suntikan ni mesti setuju dengan saya bila saya katakan suntikan ni memang sakit. Mau tau apa nama antibiotik tu?? PENICILIN V.. mesti kamu pernah tau kan.
Berat saya pada waktu itu hanya 39 KG.. sangat ringan dan keadaan badan yg lesu muka yg pucat. Hari pertama saya berada d wad tu memang macam2 dugaan saya tempuhi.. saya akan sambung MR CRHD ini utk bahagian II ya,, sbb saya kena membuat kerja persediaan praktikum untuk hari esok.. isnin kan.. apa2 pn d bawah ni ada gambar sewaktu saya masih sakit :) Bersama my twin :)) Thanx for reading :)


